Thursday 20 November 2014

Johan Kategori Agensi Kerajaan - Jejak Inovasi Negeri Selangor


Alhamdulilah  akhirnya  KeyLite dapat juga Johan Kategori Agensi Kerajaan
Jejak Inovasi Negeri Selangor 17-19 Nov 2014 Foyer Pejabat SUK Negeri Selangor, Bangunan SSASS Shah Alam

Setelah mengharungi cabaran di pelbagai peringkat , bermula diperingkat Daerah Petaling seterusnya keperingkat Negeri http://ahmadfaizar.blogspot.my/2014/10/cabaran-my-innovation-2014.html

Wednesday 15 October 2014

Konvensyen KIK 2014 Perpustakaan Peringkat Kebangsaan

"Konvensyen K.I.K 2014" Kumpulan Inovatif & Kreatif Perpustakaan Peringkat Kebangsaan 2014

Majlis  Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Semalaysia

 
Tempat : Capthrone Hotel Penang http://www.penang-hotels.com/copthorne/
Tarikh : 24 -26 November 2014

24 Nov 2014 (Isnin) Bertolak ke Penang terus ke Copthorne Orchid Hotel Penang Tanjung Bungah Penang, Pendaftaran

25 Nov 2014 (Selasa) - Persembahan Kumpulan - Makan Malam

26 Nov 2014 (Rabu) -  Sambung persembahan , Penutupan, Rumusan , Penutup dan Lawatan


Tarikh tutup penyertaaan : 31 Julai 2014

Tarikh Penghantaran Dokumen : 30 September 2014 dilanjutkan ke 15 Oktober 2014


Keterangan lanjut
Perpustakaan Awam Pulau Pinang,

JKR 2118 Jalan Perpustakaan
Seberang Jaya, 13700 Prai,
Pulau Pinang , Malaysia

Tel:   +604-3902387 (kaunter) +604-3971058 (pejabat)

Fax:  +604-3970226




https://ms-my.facebook.com/penanglib/posts/849957355019619

http://library.uitm.edu.my/inovasi/







Tuesday 30 September 2014

Cabaran My Innovation 2014


Sekain ini kita mencuba nasib menyertai Cabaran My Innovation 2014 peringkat Petaling pula,   dengan menghantar  2 penyertaaan 
1. KeyLite Easy-Removal Lamp (KERL)
2. Digital Signage KeyLite (DSKL) 

Tarikh lawatan tapak   :   21 Oktober 2014 (Selasa)
(urusan persiapan tapak,  dibuat pada 20 Oktober 2014 mulai jam 3 petang)

Tempat  :  Ruang Lobi Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya

sekira berjaya boleh kami meneruskan cabaran My Innovation peringkat seterusnya


Program Cabaran My Innovation merupakan rantaian kepada Program Jejak Inovasi ( Turun Padang ) yang menjelajah ke semua Sembilan ( 9 ) daerah di Negeri Selangor. Cabaran ini adalah berbentuk pertandingan yang berteraskan kreativiti dan inovasi yang dilaksanakan serentak dengan pelaksanaan program Jejak Inovasi ( Turun Padang ). Fokus program ini adalah kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang meliputi individu / orang perseorangan / penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ).


Cabaran My Innovation diwujudkan dengan objektif berikut:-

i. Mengumpul maklumat produk / hasil inovasi.
ii. Mempromosi dan menonjolkan produk / hasil inovasi oleh segenaplapisan masyarakat.
iii. Memberikan pengiktirafan kepada produk / hasil inovasi terbaik sebagai bentuk galakan kepada masyarakat di Negeri Selangor mengembangkan minat dan potensi yang berteraskan inovasi dan kreativiti.
iv. Mengembangkan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan anggota masyarakat.

Cabaran My Innovation dibahagikan kepada enam ( 6 ) kategori berikut:-
i. Kategori Kumpulan Kecil
ii. Kategori Jabatan / Agensi Kerajaan / Badan Berkanun
iii. Kategori Agensi / Syarikat Swasta
iv. Kategori Individu / Orang Perseorangan
v. Kategori Pelajar Sekolah
vi. Kategori Institut Pengajian Tinggi ( IPT )

Tema Pertandingan Cabaran My Innovation ialah “INOVASI….DUNIAKU”.

Tema ini dipilih bagi memberikan gambaran tentang kepentingan inovasi sebagai antara sebahagian daripada kehidupan masyarakat.

Penyertaan adalah dibuka kepada produk / hasil inovasi yang belum pernah memenangi mana-mana pertandingan berkaitan inovasi dalam tempoh 3 tahun terakhir ( 2011 - 2013 ). Bagi produk / hasil inovasi yang pernah memenangi pertandingan berkaitan inovasi sebelum tahun 2011 adalah dibenarkan untuk dicalonkan dengan syarat ia telah melalui proses-proses penambahbaikan dan pengubahsuaian dan ditunjukkan secara jelas semasa proses penilaian tapak kelak. Manakala bagi produk / hasil inovasi yang sekadar pernah menyertai pertandingan berkaitan inovasi tetapi tidak memenangi sebarang gelaran / anugerah adalah layak dicalonkan.


Penggunaan bahan-bahan kitar semula / terbuang adalah sangat digalakkan.