Friday 6 December 2013

Anugerah Persembahan Terbaik (KIK) Peringkat UiTM 2013.


Konvensyen KIK UiTM telah menjadi acara tahunan bagi Universiti Teknologi MARA. Pada 2 hingga 5 Disember lepas UiTM Perak telah menjadi tuan rumah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UiTM untuk kali ke 18 http://perak.uitm.edu.my/kikuitm18/

Sebanyak 23 kumpulan yang terdiri dari yang mewakili Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Di dalam konvensyen tersebut, satu-satunya kumpulan yang mewakili Perpustakaan Tun Abdul Razak (Kampus Induk) telah turut sama tersenarai untuk mewakili Shah Alam iaitu Kumpulan KeyLite. Setelah undian lakukan, Kumpulan KeyLite telah ditetapkan untuk menjadi pembentang yang ke 18.


Lokasi Pembentangan adalah di Dewan Al-Khawarizmi, Kampus UiTM Seri Iskandar, Perak. Kumpulan KeyLite telah membentangkan tajuk mereka iaitu ‘Penukaran Lampu di PTAR Berisiko Tinggi’. Sebagai penyelesaian kepada masalah tersebut kumpulan telah berjaya merekacipta 3 alat iaitu Penukar Lampu Downlight, Penukar Lampu Kalimantang dan juga Penukar Starter Lampu. Ketiga-tiga alat ini dapat digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin menukar lampu tanpa perlu menaiki atau memanjat tangga walaupun pada ketinggian 20 kaki.

Malam kemuncak Konvensyen KIK telah diadakan di Dewan Seri Iskandar, UiTM Perak pada 4 Disember 2013 pada jam 8.00 malam. Dimalam tersebut keputusan telah diumumkan iaitu sebanyak 17 kumpulan mendapat Anugerah Emas manakala 6 lagi mendapat Anugerah Perak termasuk Kumpulan KeyLite.

Namun demikian, walaupun Kumpulan KeyLite telah diumumkan mendapat Anugerah Perak, satu berita baik telah diterima. Kumpulan KeyLite juga telah menerima Anugerah Persembahan Terbaik untuk Konvensyen KIK UiTM kali ke 18.

Kumpulan KeyLite ini dianggotai oleh Tuan Haji Azizi Jantan (Fasilitator), Encik Ahmad Nazri Jaafar, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Encik Abdul Hamid Mohd Salleh, Tuan Haji Rosli Mohamad dan Encik Umar Mohamad Zin. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

Berikut foto sekitar 
Konvensyen tersebut